Tuesday, December 2, 2014

JAUNDICE....

Secara jujurnya tak suka perkataan tu..Banyak betul peristiwa kesan dari jaundice ni..Ramai orang cakap yang jaundice ni memang perkara biasa kena pada bayi, mana-mana bayi pun mesti akan kena jaundice.Bezanya cuma kuat dan tak je..Tapi bagi Fatini jaundice ni kena agak lama..Keluar masuk hospital, berulang-alik ke hospital ambil darah lagi..

Memang sangat stress dan letih bila nak kena hadap duduk di hospital bila Fatini kena tahan sebab jaundice ni..Almaklumlah tuan empunya diri ni masih berpantang, badan pun masih lemah, mana nak jaga luka jahit lagi, nak kena jaga anak sendirian, dah tu admit hospital kerajaan pulak, paham-paham ajelah enviroment nye..Apapun muhasabah diri balik..Kena ingatkan diri, Allah sedang uji azi dengan kesihatan anak..Walaupun azi akui waktu tu azi sangat-sangat sedih dengan dugaan ni, azi menangis dan berdoa je yang mampu..Air mata yang keluar bukan bermakna azi tak redha dengan takdir Allah, tapi biarlah air mata yang keluar tu bawak sekali segala duka yang azi tanggung..

Fatini detect dapat jaundice masa dia baru usia 3hari..Waktu tu misi klinik desa datang check kat rumah..So dia minta azi refer pada hospital dan buat blood test sebab tanda jaundice dah ada pada Fatini..Waktu tu azi dah mula takut, dengan suami azi tak ada kat rumah dia kena outstation..Dalam hati tak henti-henti doa supaya bacaan tak tinggi dan Fatini tak perlu kena tahan..Sekali hamek...Bacaan punya lah tinggi dengan berat Fatini yang 2.48kg je tu..Apa lagi terus check in hospital petang tu..Berjurai-jurai lah air mata ni turun..Orang tak pernah admit, camni lah gaya nye..:P

Disebabkan bacaan yang Fatini kena 3 lampu photo..Semua kena tanggal kecuali pampers..Bacaan pulak tiba-tiba naik tinggi malam tu Fatini kena masuk air..Allah saja yang tahu betapa hancurnya hati ni bila tengok tangan kecik Fatini penuh kesan jarum, balut untuk water drip lagi..






PUTERI SULUNG KAMI



Alhamdulillah..setelah pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang mengandung berjaya dihadapi..Segala keperitan dan kepayahan semasa melahirkan puteri kami pun berjaya diharungi..alhamdulillah Allah mudahkan semuanya untuk azi..

27 Mac 2014, jam 11.20pagi, azi selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Bentong dengan berat 2.48kg..

Satu perasaan yang tak dapat untuk diungkapkan dengan kata-kata..Susah untuk azi gambarkan..Berbaur-baur perasaannya..Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan kepada Illahi..Segala kepayahan dan kesakitan dah tak ingat bila bayi yang selama ini azi kendong berada dalam pelukan azi..hehe

NUR FATINI ALYA...Nama yang dipilih oleh kami buat puteri sulung kami ini...Nama yang membawa maksud Cahaya Kebijaksanaan & Kemuliaan..Semoga nama yang indah dan makna yang baik ini akan dibawa sebaik-baiknya oleh puteri kami ini..Kerana inilah doa kami buat puteri kami, kami yakin nama & maksud yang baik adalah doa untuk anak..InsyaAllah..

Nur Fatini Alya binti Nor Irwan