Tuesday, December 2, 2014

PUTERI SULUNG KAMI



Alhamdulillah..setelah pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang mengandung berjaya dihadapi..Segala keperitan dan kepayahan semasa melahirkan puteri kami pun berjaya diharungi..alhamdulillah Allah mudahkan semuanya untuk azi..

27 Mac 2014, jam 11.20pagi, azi selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Bentong dengan berat 2.48kg..

Satu perasaan yang tak dapat untuk diungkapkan dengan kata-kata..Susah untuk azi gambarkan..Berbaur-baur perasaannya..Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan kepada Illahi..Segala kepayahan dan kesakitan dah tak ingat bila bayi yang selama ini azi kendong berada dalam pelukan azi..hehe

NUR FATINI ALYA...Nama yang dipilih oleh kami buat puteri sulung kami ini...Nama yang membawa maksud Cahaya Kebijaksanaan & Kemuliaan..Semoga nama yang indah dan makna yang baik ini akan dibawa sebaik-baiknya oleh puteri kami ini..Kerana inilah doa kami buat puteri kami, kami yakin nama & maksud yang baik adalah doa untuk anak..InsyaAllah..

Nur Fatini Alya binti Nor Irwan




No comments:

Post a Comment