Tuesday, December 2, 2014

JAUNDICE....

Secara jujurnya tak suka perkataan tu..Banyak betul peristiwa kesan dari jaundice ni..Ramai orang cakap yang jaundice ni memang perkara biasa kena pada bayi, mana-mana bayi pun mesti akan kena jaundice.Bezanya cuma kuat dan tak je..Tapi bagi Fatini jaundice ni kena agak lama..Keluar masuk hospital, berulang-alik ke hospital ambil darah lagi..

Memang sangat stress dan letih bila nak kena hadap duduk di hospital bila Fatini kena tahan sebab jaundice ni..Almaklumlah tuan empunya diri ni masih berpantang, badan pun masih lemah, mana nak jaga luka jahit lagi, nak kena jaga anak sendirian, dah tu admit hospital kerajaan pulak, paham-paham ajelah enviroment nye..Apapun muhasabah diri balik..Kena ingatkan diri, Allah sedang uji azi dengan kesihatan anak..Walaupun azi akui waktu tu azi sangat-sangat sedih dengan dugaan ni, azi menangis dan berdoa je yang mampu..Air mata yang keluar bukan bermakna azi tak redha dengan takdir Allah, tapi biarlah air mata yang keluar tu bawak sekali segala duka yang azi tanggung..

Fatini detect dapat jaundice masa dia baru usia 3hari..Waktu tu misi klinik desa datang check kat rumah..So dia minta azi refer pada hospital dan buat blood test sebab tanda jaundice dah ada pada Fatini..Waktu tu azi dah mula takut, dengan suami azi tak ada kat rumah dia kena outstation..Dalam hati tak henti-henti doa supaya bacaan tak tinggi dan Fatini tak perlu kena tahan..Sekali hamek...Bacaan punya lah tinggi dengan berat Fatini yang 2.48kg je tu..Apa lagi terus check in hospital petang tu..Berjurai-jurai lah air mata ni turun..Orang tak pernah admit, camni lah gaya nye..:P

Disebabkan bacaan yang Fatini kena 3 lampu photo..Semua kena tanggal kecuali pampers..Bacaan pulak tiba-tiba naik tinggi malam tu Fatini kena masuk air..Allah saja yang tahu betapa hancurnya hati ni bila tengok tangan kecik Fatini penuh kesan jarum, balut untuk water drip lagi..






PUTERI SULUNG KAMI



Alhamdulillah..setelah pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang mengandung berjaya dihadapi..Segala keperitan dan kepayahan semasa melahirkan puteri kami pun berjaya diharungi..alhamdulillah Allah mudahkan semuanya untuk azi..

27 Mac 2014, jam 11.20pagi, azi selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Bentong dengan berat 2.48kg..

Satu perasaan yang tak dapat untuk diungkapkan dengan kata-kata..Susah untuk azi gambarkan..Berbaur-baur perasaannya..Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan kepada Illahi..Segala kepayahan dan kesakitan dah tak ingat bila bayi yang selama ini azi kendong berada dalam pelukan azi..hehe

NUR FATINI ALYA...Nama yang dipilih oleh kami buat puteri sulung kami ini...Nama yang membawa maksud Cahaya Kebijaksanaan & Kemuliaan..Semoga nama yang indah dan makna yang baik ini akan dibawa sebaik-baiknya oleh puteri kami ini..Kerana inilah doa kami buat puteri kami, kami yakin nama & maksud yang baik adalah doa untuk anak..InsyaAllah..

Nur Fatini Alya binti Nor Irwan




Friday, November 7, 2014

PENGALAMAN MENGANDUNG DAN BERSALIN

Bagi azi dan suami..Kami memang kalau boleh nak ada anak cepat..Tak ada nak plan pun..Serah pada Allah untuk tentukan rezeki kami..Alhamdulillah Allah tak biar kami tunggu lama untuk timang cahaya mata sendiri..Dalam 3bulan lepas kahwin azi disahkan mengandung..hehe..Happy betul masa tu..Tapi dalam masa yang sama azi dah duk pikir macam mana sakit beranak nanti..haha..

Masa mengandung pun Alhamdulillah, azi tak ada alami alahan yang super dahsyat pun..Tak ada morning sickness, selera makan pun tak ada masalah sentiasa berselera je,tak ada mengidam yang bukan-bukan..Cumanya bila dah 3rd trimester nak bawak badan pun tak larat rasanya..Duduk ke baring ke semua tak betul je rasanya.. Kaki membengkak dengan jayanya sampai kasut pun tak muat..Sakit pinggang usah cerita la..Hidung kembang sekembang-kembangnya..Dengan muka sangat berminyak dan penuh jerawat halus nya.. Sabar je lah kan..Itu pun Allah dah mudahkan banyak untuk azi masa mengandung tu..

Tapi kan.....Masa awal-awal mengandung tu azi tak berapa nak percaya sebenarnya azi dah mengandung..Mana tak nya, tak ada pun confirmkan kat klinik setakat buat test kat pregnancy kit tu je..Dah la dengan azi tak ada morning sickness nye..Macam tanda-tanda orang mengandung tu macam tak ada je kat azi ni..hehe..Tapi belasah je pegi buat buku pink di kkia..setelah campur,tolak, darab,bahagi  nurse pun bagi EDD azi 8/4/2014..Sampailah dah scan kat kkia..Barulah percaya adanya satu nyawa yang hidup di dalam rahim azi..alhamdulillah..Tak terucap dengan kata-kata betapa gembiranya hati ini bila doc terangkan yang baby sihat, cukup sifatnya, semuanya normal..

Disebabkan baru pestime mengandung dan keterujaannya macam tak dapat dikawal..Lagi-lagi bila baca blog orang lain ada yang pergi scan 4D..azi pun apa lagi mencuba la nasib pujuk suami untuk buat scan 4D jugak..Nasib baik dia pun setuju..Azi pun start la google cari klinik yang ada scan 4D ni..Hasil pencarian dan penapisan menapak la kami suami isteri ke KLINIK FAMILI DR WAN KAMARIAH di Setiawangsa..Waktu scan ni usia kandungan azi dalam 26minggu..Bila doc dah start scan excited nya memang tak dapat nak dibendung..Yela kan dapat teropong anak yang membesar dalam rahim sendiri..Dapat tengok muka dia..Dapat tengok aksi dia dalam perut ni..Waaaa seronoknya!!!Bila part tengok gender dia, doc terus cakap nampak 'bunga'..hehe memang confident abis doc ni..Bagi azi dan suami kami tak kisah pasal gender sangat asalkan baby sihat dan cukup sifat dah bersyukur sangat-sangat..Kali ni doc bagi EDD 15/4/2014..lagi lambat





Betullah orang cakap pengalaman mengandung ni memang indah..Walaupun macam-macam yang terpaksa kita tanggung tapi bila pegang perut, rasa baby tendang-tendang, senyuman memang tak akan lekang di bibir..Yang best siap gelabah kalau baby tak menendang..hehe..Bila pergerakan baby dah mula terasa..Macam-macam rasa yang datang..Bila baby start menendang rasa geli, senak semua ada..Kadang-kadang tengah duduk atau baring, bila baby gerak sampai nampak perut berombak-ombak..hehe..Aktif betul anak bonda ni..Dah sempit kot dalam tu..

Walaupun rasa teruja masa mengandung ni mengatasi segala-galanya..Tapi azi tetap risau memikirkan untuk melahirkan baby ni nanti..Mungkin sebab tak ada pengalaman..Hanya setakat mengharapkan dari pembacaan dan pemerhatian..Sampaikan One Born Every Minute kat astro tu memang jadi wajib tengok pulak..Nak kan gambaran waktu kat labour room punya pasal..hihi
Nak disedapkan story ni waktu due date azi tu suami azi kena outstation la pulak..Macam mana la azi ni tak takut..Buatnya time dia outstation tu la azi nak bersalin..Nanti sapa nak teman azi dalam labor room??Takut..Dah siap buat drama sebabak dengan ofismate membayangkan hari kejadian kalau bersalin waktu suami azi outstation..haha...Duk bayangkan nanti drive pegi hospital, sambil tu duk tahan contraction, siap kalau yang tak tahan sangat tu berenti tepi jalan la..Part paling best azi bayangkan azi akan park je kereta kat emergency, lepas tu cakap je kat staf kat situ "saya dah nak terberanak, tak sempat nak cari parking dah" hehe..Tapi azi hanya mampu menangis je waktu tu dan mengharapkan yang baik je nanti untuk azi..



Tapi Allah itu Maha Kaya lagi Maha Mengetahui..Sebenarnya sejak 26/03/2014 lagi azi dah ada tanda nak bersalin..Seharian azi kat ofis tak senang duduk dibuatnya..Nak buat kerja pun tak ada mood..Banyak kali rasa nak membuang, tapi bila pergi toilet tak ada pulak..Tapi still tak terpikir tu tanda nak bersalin sebab due kan lambat lagi..Siap balik dari ofis request nak makan pizza lagi..Macam tau-tau je baby kat dalam perut ni dia dah nak kuar.hehe

Sampai kat rumah pun rasa tak selesa masih ada..Lagi makin tak selesa ada lah..Dalam pukul 11 azi ada rasa sakit area pinggang, so ambil keputusan untuk tidur je memandangkan esok nak kena kerja pulak kan..Tapi sepanjang malam tu memang tak dapat tidur lena langsung..Kejap-kejap bangun sebab sakit pinggang tu punya pasal berlarutan la sampai kesubuh sakitnya tu..Makin lama rasa sakit tu makin sakit sebenarnya, tapi azi still tak terpikir tu sakit contraction sebenarnya..Bila dah subuh tu sakit makin kuat sampai terpaksa kejutkan suami minta urutkan pinggang..Suami pun suruh siap-siap nak bawak pergi check kat klinik, tapi azi confident je cakap kat suami yang ni bukan sakit bersalin, nanti mesti nurse gelakkan azi lepas tu suruh balik je..hehe



Waktu pergi ke toilet tiba-tiba ada tompok darah tapi sikit je la..Bila tunjuk kat suami terus dia suruh azi cepat-cepat siap..Risau la kot-kot ada apa-apa kan..Tapi disebabkan azi ni memang jenis yang suka buat kerja last minit, beg pergi ke hospital tak pack pun lagi..haha..Terpaksa la suami tolong pack kan pagi tu, nasib baik ada sikit-sikit yang azi dah asingkan untuk bawak ke hospital tu sebab planning nak pack beg weekend tu nanti =p

Sepanjang perjalanan ke Hospital Bentong tu contraction memang dah sangat kuat sebenarnya..Hanya Allah yang tahu tahap sakit tu macam mana..Air mata ni dah macam air terjun turun nya..Tapi kesian kat suami azi sebab dia pun menanggung rasa sakit waktu contraction tu datang..hehe..Mana tak nya, sebab memang tangan dia la azi genggam kuat-kuat waktu contraction tu datang..*terima kasih abang ;)

Sampai je hospital terus di bawa ke labour room..Bila dah tukar baju semua nurse pun minta izin nak check..Rupa-rupanya azi dah 7cm..Punya la terkejut dan macam tak percaya sebab azi dah nak bersalin rupanya..Nurse pun cakap nasib baik cepat dan sempat sampai hospital, kalau tak mau nya bersalin dalam kereta..hehe..Mana la saya tau cik misi ;)

Nurse pun siap pasang CTG, masuk kan ubat kat punggung, pecahkan air ketuban..Waktu tu memang dah tak ingat apa sebab menahan sakit contraction..Hanya Allah yang tahu tahap sakitnya tu macam mana..Sampai menggigil satu badan ni dibuatnya..Azi hanya mampu berdoa pada Allah supaya azi kuat menanggung rasa sakit ni, selebihnya azi berserah semuanya pada Allah..

Rasanya dalam setengah jam lepas tu nurse minta izin untuk check sekali azi ok je la kan..Sekali nurse cakap "darling u dah 10cm..u dah boleh bersalin!!"...Lagi sekali rasa terkejut sebab rasa macam cepat nye!!..Alaa macam mana nak bersalin ni..Macam tak ready lagi je ni..Mana abg ni..hehe

Rupa-rupanya nurse baru nak panggil suami azi untuk masuk teman azi dalam labour room tu..alhamdulillah, kuat sikit rasanya bila ada suami kat sebelah..Tapi nurse cakap suami azi tak payah la pakai apron plastik tu sebab ta sempat dah..hehe

Bila contraction datang azi pun cuba push untuk kali pertama..Tapi tak berjaya sebab azi boleh stop push, dah abis nafas dan tak pandai curi nafas..Azi push pulak kali kedua, nurse kata salah sebab azi meneran kat muka..Bila nurse bagi tahu yang bacaan jantung anak azi dah tak cantik, azi terus pandang suami azi..Rasa bersalah sangat-sangat sebab azi tak buat betul-betul..So bila contraction tu datang lagi, azi sedut nafas dalam-dalam sedalam-dalamnya, kemudian push habis-habisan..Siap 'pasukan sorak' bagi support suruh push jangan stop, "sayang pushhhhhhh", "okey azilah u can do it, push,,push..","azilah lepaskan geram tu, lepaskan geram tu"..haha macam-macam dengar sipi-sipi je sebenarnya sebab tengah concentrate nak push sampai kan telinga jadi macam berdengung, tak dengar jelas sangat suara dorang yang lain..Hanya antara azi dan baby yang nak dikeluarkan ni je, yang lain tu lantak kome la..hehehehe

Alhamdulillah berjaya keluarkan kepala baby..Fuhh rasa macam sembeli tapi lagi dahsyat.hehe..Nurse minta push lagi sekali untuk keluarkan baby sepenuhnya..Azi push lagi, tapi rasanya ok sikit tak susah sangat macam nak keluarkan kepala baby tu..Dan akhirnya baby girl kami selamat dilahirkan kedunia ini..

Buat pertama kalinya dengar suara anak kami, sangat nyaring dah lantang suaranya..Alhamdulillah cukup sifatnya, bersih je tak ada darah pun.rambutnya lebat..Syukur alhamdulillah..Buat pertama kalinya jugak azi dapat memegangnya, bayi yang selama ini hidup dan membesar di dalam rahim azi ini..Benih cinta kami berdua..Terima kasih Allah kerana memilih aku sebagai hambaMu yang dipinjamkan nikmat ini..Terima kasih emak melahirkan azi ke dunia ini..Terima kasih ayah kerana membesarkan azi dengan keringat dan tulang empat keratmu..Terima kasih abg@suamiku kerana memilih insan ini sebagai isteri dan bonda kepada anak-anakmu..Terima kasih anakku kerana memilih diri ini sebagai bondamu..Syukur alhamdulillah di atas nikmat ini..

Maka bermulalah satu lagi episod baru dalam hidupku, SEBAGAI BONDA..alhamdulillah..Terima kasih Allah kerana Kau pinjamkan kepada aku nikmat yang tak ternilai ini..Aku antara hambaMu yang bertuah, kerana bukan semua Kau berikan anugerah serta nikmat ini..alhamdulillah

Wednesday, August 13, 2014

HARI BERSEJARAH BUAT KAMI..part3

Okeyyyy..ini part last untuk hari bahagia kami..Kali ni nak story pasal outdoor photoshoot pulak..OP bermurah hati nak buat dua outdoor photoshoot..Lepas nikah pun buat, lepas sanding pun buat..

Outdoor photoshoot lepas nikah buat dekat-dekat rumah je..Dah namapun masa singkat..Tak ada maknanya lah nak beroutdoor photoshoot jauh-jauh..









pelakon tambahan yang sibuk nak interframe dan menghangatkan suasana photoshoot kami :p







Untuk outdoor photoshoot yang kedua pulak azi request nak buat kat Colmar Tropicale Bukit Tinggi..Sebab dari dulu lagi memang suka view kat situ, macam kat oversea kata kan..Bila bincang ngan OP dia cakap ok je, dia tak kisah..So memang set nak buat outdoor photoshoot kat situ la..Alhamdulillah termakbul impian kecik azi ni, walaupun berphotoshoot tanpa permit di situ..hehe
























Alhamdulillah...Tamat lah story pasal hari bersejarah buat azi dan suami..Boleh lah jadi tatapan dikemudian hari nanti..So lepas ni dah boleh story pasal anakanda kami pulak..InsyaAllah

Monday, August 11, 2014

HARI BERSEJARAH BUAT KAMI..part2

Ehhh.. ada part 2 lah pulak.. Nampaknya terpaksa buat part-part sebab gambar banyak sangat kalau nak sumbat satu entry..

Disebabkan nikah dan bersanding diadakan pada hari yang sama, drama swasta dan kelam-kabut memang tak dapat dipisahkan la.. Kalau waktu nikah Tok Kadi buat drama nak post-pone waktu nikah, bersanding pun ada drama jugak.. Nak dijadikan cerita.. group kompang pulak tak boleh nak perform waktu yang azi nak.. Paling awal pun pukul 2 baru dapat, sebab ahli tak cukup.. Haha..

Memang sabar ajelah yang boleh dibuat waktu tu.. Dengan family azi dah bising sebab tetamu dah ramai nak balik, tapi pengantinnya tak keluar-keluar.. Dengan rasa bersalah dengan rombongan suami azi lagi.. Diorang dah menunggu untuk gerak untuk bersanding ke rumah azi.. Memang kelam-kabut betul jadinya hari tu.. Kalau nak teruskan je majlis tanpa paluan kompang tak best la pulak rasanya.. Rasa macam ada yang tak cukup je bila tak ada bunyi kompang mengiringi pengantin ni.. Hehe








Lepas semua-semua halangan dan dugaan dapat ditepis dengan jayanya, merasa lah jadi raja sehari.. Jalan beriringan, berpimpingan tangan berdua, siap dengan paluan kompang bagai.. Dapat la duduk di singgahsana aka pelamin yang dihias simple.. Perasan macam artis & glemer bila orang tangkap gambar dengan kita.. Makanan dah siap terhidang atas meja.. siap ada orang serve lagi..hehehe.. Dah namapun raja sehari kan, berangan la jap..

Untuk bersanding sebenarnya azi pilih tema warna purple dan coklat gold..Tapi kalau tengok, macam-macam warna pulak..Tertukar tema terus..Rasanya dah jadi tema purple dan coklat gelap dah rasanya..Pelamin pun dari nak yang warna putih, tak ada bunga yang mekar setaman pun dah jadi sebaliknya..Baju pengapit pun dah carca marba, tak sedondon langsung..hehe..Ok la tu kan dari tak ada..Janji dah selamatpun kahwin..Alhamdulillah








apa lagi?????
kita serang ini kek!!!!;p